Siapa sangka bahawa program seperti JBP boleh merapatkan kembali hubungan yang putus bertahun lamanya. Sungguh benarlah kata orang "Dunia ni kecil".
Tahun 90an dulu saya berkenalan dengan seorang Doktor Homeopathy yang pernah belajar di Lucknow. Beliau orang Besut dan membuka klinik beliau di Jerteh pada waktu itu. Sayangnya persahabatan kami tidak lama kerana beliau telah berpindah dan saya tidak tahu kemana pindahnya.

Bulan Julai yang lalu menyaksikan seramai 3 orang mendaftarkan diri di akaun JBP saya tanpa membuat apa2 pembelian. Mereka juga mendaftar melalui laman web INI dan menerima emel2 saya tapi sehingga kini belum ada tindakan yang konkrit dari mereka. Kelmarin Hasni dari Terengganu chat dgn saya dan hari ini kawannya pula menelefon saya. Rupa2nya isteri kepada kawan Hasni ni adalah anak kepada Dr Uzikdin yang pernah membuka klinik di Jerteh satu ketika dahulu.


How time flies... Kami bakal berjumpa tak lama lagi.




Leave a Reply.