Pada keluaran yang lalu, saya telah menulis mengenai penipuan MLM disini. Seperti yang saya katakan terdahulu MLM merupakan salah satu konsep perniagaan yang terbaik didunia. Apakah masalah sebenarnya? Ikuti selanjutnya.
Picture
Disaat ini, masih ramai yang percaya dengan sistem MLM dan sememangnya ia adalah model perniagaan yang terbaik buat masa ini. Walaupun MLM merupakan model terbaik akan tetapi timbul masalah didalam sistem MLM apabila berlaku salah satu daripada perkara berikut:
  • Pemimpin MLM menipu ahli yang baru masuk.
  • Syarikat tidak mengambil tindakan keatas pemimpin MLM
  • Berlaku penjualan inventori
  • Menggunakan paksaan atau tekanan keatas prospek
  • Barangan tiada kualiti
  • Klaim yang bukan-bukan
  • Gagal membina rangkaian

Begitulah keadaan yang kini dirasai oleh ramai orang, yang ditekan oleh masalah sedia ada seperti kenaikan harga barang, gaji tak cukup dan 1001 macam lagi. Masalah ini menjadi bertambah rumit apabila peserta MLM tadi gagal dalam usaha membina rangkaian untuk menjana pendapatan.

Memang segalanya indah pada mulanya apabila mula-mula menyertai mesyuarat peluang perniagaan (business opportunity meeting), mendengar penceramah yang telah dilatih oleh syarikat untuk meyakinkan orang ramai betapa segala impian mereka boleh dicapai melalui penyertaan didalam syarikat tersebut. Ianya ditambah lagi dengan testimoni atau 'bukti' kejayaan yang ditunjukkan oleh mereka yang telah lama berkecimpung dalam syarikat itu dan motivasi yang hebat yang menyebabkan mereka (prospek) tidak sedar lalu mengeluarkan wang untuk MENCAPAI IMPIAN...

Mereka tidak tahu bahawa, sebelum mereka menyertai dan mula menjual barangan syarikat MLM tersebut, mereka terlebih dahulu telah dijual dengan IMPIAN dan CITA-CITA untuk menjadi KAYA atau BERJAYA.


Mereka juga sebenarnya ditipu dengan kata-kata bahawa MLM merupakan perniagaan yang mudah dan cepat mendatangkan hasil.. "hanya perlu cari DUA orang saja bang" kata upline kepada downline yang baru masuk sehari... Diatas kertas semuanya mudah. Upline hanya perlu membuat lukisan diatas kertas untuk menerangkan bagaimana untuk (dia) menjadi (bertambah) kaya dengan mengajar kita apa yang kita perlu buat untuk menjadi kaya (menjadikan upline kaya adalah...).







Leave a Reply.